Sembang Usahawan Bersama Kedai Printing JFC Network & Dhuha Art
24 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 23 Disember 2020, telah berlangsung sembang usahawan bersama syarikat printing JFC Network dan Dhuha Art bertempat di Pusat Internet Komuniti Kg Pt Hj Salleh Ros dan JFC Network. Sesi live ini disampaikan oleh pengurus pusat internet dan staf Marketing JFC Network & Dhuha Art. Sembang usahawan ini berlangsung lebih kurang dalam masa 1 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang. Syarikat Printing ini terletak ni Pura Kencana, Batu Pahat.
Tujuan sembang usahawan ini diadakan adalah untuk mengetahui perniagaan yang dijalankan oleh JFC Network dan Dhuha Art. JFC Network merupakan syarikat printing dengan pelbagai jenis servis printing seperti banner, bunting, sticker, canvas dan baju sublimation antara yang paling murah di bandar Batu Pahat. Manakala Dhuha Art pula menjalankan printing frame canvas ayat-ayat Al-Quran sebagai perhiasan rumah.
Dalam masa yang sama, pusat internet juga mempromosikan JFC Network dan Dhuha Art bagi mana-mana usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka dengan menggunakan bunting, banner dan sticker bolehlah terus hadirkan diri ke JFC Network dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, sekiranya ada penduduk tempatan, bahkan keseluruh Malaysia juga boleh membuat tempahan frame di Dhuha Art. Pelbagai jenis design yang cantik yang boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah. Sembang secara langsung ini dilakukan menggunakan aplikasi Streamyard.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: