Kelas Microbit FS4A
23 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 & 22 Oktober 2020, Pusat Internet Kg Pt Hj Salleh Ros telah mengadakan Program Kemahiran Pembelajaran Digital Masa Depan (Future Skills Learning) anjuran Digi, Mdec dan Unicef Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Parit Raja. Program ini berlangsung selama 4 jam iaitu dalam 2 sesi. Sesi pertama dimulakan pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi dan sesi ke-2 pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara yang turut terlibat sepanjang kelas ini adalah Pusat-Pusat Internet kluster Batu Pahat.
Seramai 60 orang pelajar darjah 4 dan seorang guru panatia Rekebentuk Teknologi iaitu Cikgu Mariam yang terlibat dengan program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar darjah 4 supaya pelajar lebih sedia untuk tahun akan datang. Hal ini kerana, subjek Microbit ini merupakan subjek untuk pelajar darjah 5. Berhubung dengan penularan Covid-19 sepanjang program ini berlangsung, semua warga yang terlibat dalam program ini mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure(SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: