E-Usahawan & E-Rezeki
21 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 19 dan 20 Januari 2020, telah berlangsung kelas e-Usahawan dan e-Rezeki dibawah bimbingan Pengajar MDEC dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Batu Pahat kepada pelatih GIATMARA Muar. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kompetensi para pelatih baru di dalam menjana pendapatan tambahan secara digital daripada penyedia perkhidmatan online khususnya bagi golongan sasaran berpendapatan sederhana (B40) selepas mereka tamat latihan dan berminat untuk menjadi usahawan kelak.
Kelas yang berlangsung pada 19 dan 20 Januari 2020 dijalankan di Pusat Internet Kg. Sungai Nibong. Kandungan modul digital yang diajar adalah seperti Facebook (FB), Instagram (IG), website dan sebagainya. Seramai 20 peserta terlibat dibawah program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: