Sembang Usahawan Bersama Salon Muslimah Iddamanja
15 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 14 Oktober 2020, telah berlangsung sembang usahawan salon muslimah iaitu IddaManja bertempat di Pusat Internet Kg Pt Hj Salleh Ros dan Salon IddaManja. Sesi live ini disampaikan oleh pengurus pusat internet dan pengasas IddaManja Iaitu Puan Rahidah.
Sembang usahawan ini berlangsung lebih kurang dalam masa 1 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi. Saloon IddaManja ini terletak di Parit Raja, Batu Pahat.
Tujuan sembang usahawan ini diadakan adalah untuk mengetahui bagaimana usahawan IddaManja ini berusaha keras dalam membangunkan atau mengembangkan salonnya. Dalam masa yang sama, pusat internet juga mempromosikan salon IddaManja dengan servis-servis yang ada di salon ini sebagai tanda memberi sokongan terhadap usahawan melayu kita.
Sembang secara langsung ini dilakukan menggunakan aplikasi Streamyard.
Alhamdulillah, kami mendapat feedback yang memberangsangkan oleh Puan Rahidah beberapa hari selepas live ini berlangsung. Salon IddaManja menerima ramai pelanggan dan dan pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke salon.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: