Mesyuarat Kluster Pusat Internet Daerah Batu Pahat
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 12 Januari 2020, telah diadakan satu mesyuarat tahunan bagi Pusat Internet dibawah Kluster Batu Pahat. Setiap Pusat Internet telah menghantar seorang wakil yang terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus. Mesyuarat ini telah diadakan di Pusat Internet Parit Othman, Batu Pahat.
Agenda utama nesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan halatuju dan perancangan program serta aktiviti bagi tahun 2020 untuk Pusat Internet Kluster Batu Pahat. Antara isu yang dibincangkan adalah seperti program Klik Dengan Bijak (KDB), Hari Terbuka Pusat Internet dan pelbagai lagi aktiviti sampingan untuk mengisi tahun 2020 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: