Klik Dengan Bijak Live Streamyard
12 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 11 Oktober 2020, telah berlangsung taklimat Klik Dengan Bijak secara dalam talian di Facebook Pusat Internet Kg Pt Hj Salleh Ros oleh pengurus pusat internet.
Taklimat ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Taklimat secara langsung ini dilakukan menggunakan aplikasi Streamyard.
Tujuan taklimat secara langsung ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutama di laman sosial Facebook berkaitan penerangan berita palsu yang mudah tersebar, cara-cara untuk menanganinya dan pengenalan laman web Sebenarnya.my. Siaran langsung ini mendapat sambutan daripada pengikut facebook Pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: