Kelas Microsoft Publisher 2016
29 September 2019 | Aktiviti TerkiniBulan September 2019, pihak pengurusan PI Kg. Pt Hj Salleh Ros telah mengadakan kelas Microsoft Office Publisher. Microsoft Office Publisher merupakan sebuah program aplikasi untuk sistem operasi Windows yang digunakan untuk Desktop publishing. Kelas ini meliputi pengenalan,membuat sijil dan poster dengan menggunakan Microsoft Publisher.
Kelas ini diadakan selama tiga hari dan seramai sepuluh orang pelajar yang menyertainya. Kelas ini menarik minat mereka dalam mengaplikasikan fungsi Microsoft Office Publisher di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: