Program Hari Terbuka PI Sungai Nibong
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2019 bersamaan hari Sabtu, Hari Terbuka PI Sungai Nibong telah diadakan dan berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ahli-ahli berdaftar serta komuniti sekitar kampung. Program Hari Terbuka diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT komuniti juga dapat memperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif. Program Hari Terbuka PI Sg. Nibong ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Selesai sahaja aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan berlangsung, majlis penyampaian hadiah dijalankan dan seterusnya jamuan ringan diberikan kepada pengunjung selepas sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: