Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI (Latihan Siri Tambahan)
29 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2019 telah berlangsung Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI anjuran Institut Perusahaan Kecil dan Sedehana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Siri Latihan Tambahan. Tajuk modul yang dibincangkan ialah “The art of Communication is the language of leadership.”
Program yang berlangsung selama satu hari di Hotel Regency, Kuala Lumpur telah disertai oleh Pengurus dan Pembantu Pengurus PI dibawah seliaan Nera Malaysia bagi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Melalui program ini, para peserta dapat menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan mesra dah mudah. Modul ini amat bermanfaat kepada petugas PI dalam menjaga hubungan dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: