Bengkel eUsahawanan dan eRezeki Bersama MDEC
29 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniBulan Februari 2019 PI Kg. Pt Hj Salleh Ros dengan kerjasama MDEC telah menganjurkan bengkel eUsahawanan dan eRezeki. Program eUsahawanan dan eRezeki merupakan program anjuran MDEC dengan kerjasama pelbagai agensi yang dilantik sebagai wakil eUsahwanan dan eRezeki. Program ini telah diadakan di PI Kg. Pt Hj Salleh Ros. Tujuan utama bengkel ini adalah memberi peluang kepada belia yang berminat dalam bidang keusahawanan untuk menjana pendapatan. Belia yang dimaksudkan adalah pelajar daripada Pusat Giat Mara Pura Kencana, Sri Gading dan Pusat Giat Mara Parit Raja.
Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar Giat Mara. Para pelajar berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih kepada tenaga pengajar eUsahawanan dan eRezeki dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: