Perjumpaan Bersama Ahli Cilik IT
13 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniSatu perjumpaan diadakan di bilik latihan Pt Hj. Salleh Ros pada 12 Julai 2019 iaitu selepas selesai kelas komputer. Seramai dua belas orang ahli cilik IT yang hadir. Tahun ini merupakan tahun kedua aktiviti menyambut kemerdekaan dilakukan. Tujuan perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari kemerdekaan nanti. Setiap daripada mereka perlu menyumbangkan idea dalam aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti melukis potret menggunakan Microsoft Power Point, teka silang kata, tayangan cerita kemerdekaan, kuiz kemerdekaan dan menghias pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: