Hari Terbuka Mini PI Sg Nibong
24 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniHari terbuka Mini PI Sg Nibong diadakan pada 23 Mac 2018. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di PI Sg Nibong serta menyampaikan mesej penting berkaitan kempen yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan seperti Kuiz KDB yang dikendalikan oleh staf PI Pt Hj Salleh Ros dan diselitkan dengan permainan Online Puzzle dan menaip dengan pantas. Peserta terdiri daripada kalangan ahli PI Sg Nibong. Sesi pagi dikhaskan untuk golongan remaja manakala sesi petang untuk kaum wanita dan surirumah. Aktiviti petang yang dijalankan seperti bacaan Yassin, doa selamat dan diselitkan sedikit tentang perkongsian mesej keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: