Program Pembangunan Latihan Usahawanan Berprestasi Tinggi PI Urban Poor Kuala Lumpur Siri 3 Latihan Keusahawanan
05 March 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk menambah kemahiran dan ilmu terutama penggunaan Microsoft Excel dalam alam pekerjaan yang melibatkan penggunaan rumus dan menganalisa data dalam bentuk grafik.Manakala Facebook Page diajar cara-cara mempromosikan iklan yang efektif dan murah untuk menarik pelanggan atau pembeli.
Sesi pertama bersama dengan Prof Madya Dr Mohd Hakimin berkaitan Microsoft Excel iaitu belajar menggunakan Excel secara sistematik seperti membina aplikasi sistem maklumat produk dan servis yang boleh digunapakai di sebuah syarikat.Kemudian,peserta didedahkan dengan formula dan fungsi asas dalam aplikasi kewangan. Sesi kedua bersama Dr Mohd Hafizie, beliau menerangkan langkah-langkah pemasaran digital melalui Facebook Page dan Instagram.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: