Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sempena Hari Malaysia
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniBagi menyemarakkan suasana hari Malaysia, PI Kg. Pt Hj Salleh Ros bersama pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak sempena Hari Malaysia. Perlawanan bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 4.10 petang. Tiga kumpulan remaja atau mereka yang berusia 14 tahun ke bawah yang menyertai perlawanan ini. Perlawanan ini diadakan di padang futsal di Kg. Pt Hj Salleh Ros.
Kebaikan aktiviti dapat dilihat apabila kerjasama antara pasukan dapat dibentuk membolehkan mereka menjadi juara dalam perlawanan tersebut. Selain itu, sikap persefahaman antara ahli juga menjadikan mereka juara. Semangat kesukanan yang tinggi ketika bermain dengan bersungguh-sungguh dapat membentuk diri mereka menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: