PI sebagai Tempat Study Group
10 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniSelain PI dijadikan kelas atau aktiviti berteraskan komputer, PI juga boleh dijadikan sebagai tempat Study Group. Hal ini dapat dilakukan apabila tiga orang pelajar perempuan dari sekolah rendah yang berhampiran PI menjadikan PI sebagai tempat Study Group. Mereka merupakan pelajar sekolah rendah yang akan menghadapi UPSR pada tahun 2018.
Dengan kelengkapan peralatan ICT yang cukup serta internet yang bermutu tinggi menjadikan PI sebagai tempat pilihan untuk belajar sambil mencari maklumat sesama mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: