Sambutan Hari Raya Di Rumah Cilik IT
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPI Kg. Pt Hj Salleh Ros telah mengadakan aktiviti luar bersama Pelajar Cilik IT. Aktiviti luar yang dimaksudkan ialah Sambutan Hari Raya Di Rumah Cilik IT. Aktiviti tersebut ialah staff PI bersama-sama pelajar cilik IT beraya ke rumah cilik IT yang lain. Hal ini merupakan aktiviti luar yang pertama bersama cilik IT. Aktiviti ini bermula pada jam 10 pagi iaitu berkumpul di PI Kg. Pt Hj Salleh Ros dan berakhir pada jam 1 petang. Lokasi yang dituju adalah sekitar Kg. Pt Hj Salleh Ros. Tujuh buah rumah yang kami beraya dengan setiap rumah staff PI dan pelajar cilik IT bermarhaban dan doa ziarah hari raya. Seramai tiga belas pelajar cilik IT yang menyertai aktiviti ini.
Objektif utama aktiviti ini adalah mewujudkan sikap muhibbah antara pelajar cilik IT dengan staff PI selain dapat memupuk sikap toleransi yang tinggi dalam diri pelajar cilik IT agar mereka dapat menjalani kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni. Staff PI dapat berkenalan dengan keluarga pelajar cilik IT. Sambutan amat menggalakan daripada ahli keluarga cilik IT. Harapan ahli kelurga cilik IT semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: