dikendalikan oleh TM
MCMC
Kg Parit Salleh Ros, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong Royong Cilik

6 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari tersebut, PI Pt Hj Salleh Ros telah mengadakan satu aktiviti gotong royong bersama ahli-ahli cilik. Ahli-ahli cilik terdiri daripada pelajar yang mengikuti kelas ICT setiap minggu jika tiada perubahan pada jadual waktu. Kelas ICT diganti dengan aktiviti luar pada hari tersebut. Seramai 10 orang yang mengikuti aktiviti ini. Tujuan aktiviti ini diadakan supaya PI Pt Hj Salleh Ros sentiasa bersih dan ceria selain mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI dengan komuniti setempat.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama berada di dalam PI dan kumpulan kedua berada di luar PI. Habuk yang ada pada kerusi, meja , komputer dan rak bacaan buku dilap supaya kelihatan bersih. Manakala kumpulan kedua mereka membersihkan longkang, mencabut rumput dan mengutip sampah seterusnya membakar sampah di tempat pengumpulan sampah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.