Hari Terbuka PI Kg Hj Ghaffar
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniHari Terbuka PI Kg Hj Ghaffar telah diadakan pada 21 April 2018. Acara bermula pada seawal pagi dengan bermula pendaftaran kedatangan. Peserta akan diberikan nombor semasa pendaftaran iaitu nombor cabutan bertuah. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di PI Kg. Hj Ghaffar serta menyampaikan mesej penting berkaitan kempen yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
Pelbagai acara menarik serta hadiah yang disediakan. Aktiviti dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak dan dewasa. Kategori kanak-kanak seperti cucuk belon terbanyak tanpa pecah dan mewarna kanak-kanak. Manakala kategori dewasa seperti makan orea tanpa menggunakan tangan, permainan PS4 dan sukaneka padang. Kuiz KDB dikendalikan oleh staff PI Pt Hj Salleh Ros bersama PI Sg Nibong. Acara tamat pada satu petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: