Pengenalan Dan Membuka Akaun Gmail
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2018, PI Kg. Pt Hj Salleh Ros telah mengadakan kelas membuka akaun gmail atas permintaan pelajar cilik IT. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar cilik IT yang terdiri daripada pelajar sekolah tentang pendedahan email dalam kehidupan. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 hingga 12.00 tengah hari.
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk berkongsi dengan pelajar cilik IT terhadap kemudahan email pada masa kini. Penggunaan email ini dapat menjimatkan masa dan kos bagi seseorang untuk menghantar surat, fail dan berkongsi dokumen dengan kadar segera. Hal ini juga dapat membantu mereka untuk lebih up to date dengan perkembangan semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: